Friday, March 02, 2012

Hello March 2012!

eh eh....baru nak update?mana menghilang?errrr......tak hilang,tapi menyorok jewww.(Blueekkkk)

anyway,just to say Hi everyone!:)

bulan Mac ni bulan my mom,her birthday on 15mac nanti.yay!ala,bukan boleh buat apa pun,just call & wish her birthday.lepas tu,borak pasal lain.aahhh,rindu nya my family.tak sabar nak balik cuti nanti!

tak sangka kan dah 2012.cepat sangat masa berlalu.masa pergi mana eh?tapi,kalau masa lambat berlalu,byk jugak komplen nanti.ye lah,terasa lambat je weekend.kihkih.manusia kan....tak habis-habis nak komplen.or at least,its me!yang suka komplen & lepas tu muhasabah diri.dan insaf,rasa bersalah.hahaha.....thats life!

i have so many stories to tell.its been more than 2 months tak update kan,memang la banyak kisah & tauladan yang nak di bebel.hihihi.tapiiiii,lenguh pulak mengadap laptop lama-lama.next time lah okie?

have a great weekend everyone!(mine dah start weekend today)

Thursday, December 22, 2011

Pasal ikan salmon

Hmmmm...baru tahu pasal ikan salmon.patut la mahal!huhu.sanggup tido lambat malam ni sebab nak tengok dkt nat geo wild tadi.special sungguh la ikan salmon nih....

Hidup kat laut tapi lepaskan telur dekat sungai.pastu mati bila dah setel lepaskan telur tu.

Kalau tak silap,telur tu akan hanyut & jadi ikan...hidup kat laut semula.Allahuakbar.kuasa Allah...

Okay lah.rumusan serba sikit pasal ikan salmon.pelajaran baru utk aku.hehe....dah lama tak update blog sebab macam-macam alasan laaa...:P

Nak tidur dah.goodnight!(waktu qatar ni 11.17pm)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 29, 2011

Apa saja kerana Allah....

tak sangka dah lama tak bebel kat blog!hehe.busy menceceh kat twitter....:P

actually malam ni duk teringat dekat arwah atok.maybe sebab tadi dapat sms dari abah yg dia inform ada someone meninggal.dia baru balik dari ziarah.innalillah......

banyak sangat kenangan dengan arwah atok.(okay,nak nangis).kami orang kampung,hidup sederhana tapi happy!sampai sekarang pon happy walaupon ada banyak dugaan dari Allah.takpe lah,semua tu kita serah pada Allah.berbalik kepada arwah atok,memang masa sekolah rendah,selalu sangat pergi rumah dia sebab nak makan buah-buahan.dia ada tanam pelbagai pokok durian,rambutan,manggis....ah,u name it.almost semua jenis buah ada.in fact,dulu-dulu nenek rajin bercucuk tanam.pelbagai buah-buahan & sayur-sayuran.

kadang-kadang bermalam kat rumah atok.lepas tu,subuh kena kejut siap kena marah gila-gila kalau tak bangun.ye lah,wajib kan semayang tu.tapi nya,budak-budak masa tu....bukan paham lagi.hihi.arwah atok memang kategori alim.walaupon umur 80 lebih haritu,boleh baca quran tanpa pakai spek.boleh nampak tulisan quran dengan jelas.arwah atok jugak boleh berubat.tapi,dengan bacaan quran la.bukan bomoh merapu tu ok.hehe.ramai sangat orang datang berubat,dari serata negeri.rumah dia tak pernah sunyi.bab bayaran,memang ikut ikhlas je orang tu nak bayar berapa.

sejak aku masuk mrsm,uitm....aku makin jarang jumpa dia.dah kerja & kawen lagi la kan.hmmm,mesti dia rindu kat aku kan?kami cucu semua ni akrab dengan dia.bila dah besar ni,kami suka usik dia.lepas tu,akan gelak beramai-ramai.padahal selalu kena marah masa kecik dulu.tapi,dia marah benda yang betol.especially berkaitan agama.tp,aku kesal ok,tak belajar agama betol-betol dengan dia.haih....tu lah,busy sangat la konon.

arwah selalu pesan,buat apa saja kerana Allah.apa sahaja....walaupun nak makan,tidur,mandi.semua lah!niat dalam hati,semuanya kerana Allah.masa mula-mula bgtau dia kami nak pindah duduk qatar,dia takde pon halang atau kondem apa-apa.dia sangat positif.dia cakap,duduk baik-baik negara orang,kalau ada rezeki kerja,terima lah.kerja dengan niat kerana Allah.oh,bila aku tulis semua ni......baru la aku ingat,aku makin lupa kan pesanan dia nan satu nih.kena sentiasa muhasabah diri....

arwah pergi bulan januari.aku tak balik malaysia,parents cakap takpe la,semua sgt smooth.dia meninggal secara tiba-tiba.jatuh kat bilik air.memang tak menyusahkan sesiapa......so,aku redha.tapi,aku pergi umrah bulan mac haritu.ada suatu hari,aku menangis semahu-mahunya dekat masjidil haram.subhanallah.....rindu gila kat arwah.kisahnya,kami tolong ada pasangan indonesia ni,diorg sesat.taktau mana hotel.dah tua sangat.memang kira baya arwah atok & nenek aku la.in fact,makcik tu duduk dlm wheel chair sebab tak larat nak jalan.diorg tak tahu apa nama hotel,hanya ada kad utk masuk bilik tu je.masa tu,Allahuakbar......aku teringat dekat arwah atok aku.....aku bayangkan macamana la diorg masa datang haji tahun 1994 dulu.(kalau tak silap).kalau la ditakdirkan diorg sesat,ada ke sesiapa tolong?masa tawaf & saie....larat ke diorg?kalau jatuh ke apa,ada ke orang tolong?bermacam-macam la bermain dalam fikiran aku.kalau la arwah masih ada,mesti dia happy kalau tahu aku dah pergi umrah.

kisah pakcik&makcik indo yang sesat tu setel lepas beberapa jam kami mencari.usaha jugak.Alhamdulillah jumpa.dugaan diorg pon besar tu....dari madinah hanya berdua,sedangkan datang dengan agent.katanya,diorg berdua tak muat nak naik flight dr madinah ke mekah.terpaksa delay.hairan kan?agent tu tak patut biarkan orang tua yang tak tahu apa-apa macam tu jer.wallahualam,btol ke tak cerita tu,diorg yang cerita kan.daripada kami nak balik hotel utk berehat,kami cancel je...tunggu subuh dekat masjidil haram terus.kalau nak tulis pengalaman satu malam tolong pakcik&makcik ni agak berjela jugak la.tapi takpe la,biarlah kenangan tu tersemat di hati....:)

aku tulis ni sekadar untuk luahkan perasaan ni.terlalu rindukan arwah.semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.

Allahuakbar....banyak sangat kenangan.tak mampu dah nak tulis.taknak la nangis teruk,esok nak keje.nanti muka suram je.Al-fatihah utk arwah atok yang tersayang.

Friday, November 18, 2011

Bercanda di Pantai Fuwairit


pic credit to kak zai.thanks!:P


one of my activities during my 9 days off.konon banyak aktiviti la cuti aritu?kahkahkah.mandi pantai!seriously tak sangka ada pantai cantik.lol.dah beberapa pantai kami pergi,takde pulak jumpa secantik ni.yay!lepas ni ada la tempat utk bbq & camping.

tapi ada satu pantai cantik aku penah pergi,tapi tu private beach company aku keje sekarang ni.dulu, aku pergi tu kawan hasben yang bawak.so,dah keje ngan company tu,boleh la pergi anytime.la la la.tapi,tlg la jangan pergi hari ahad,tempat tu tutup.eh,macam ada pengalaman je kan?kahkahkah.nasib badan.

kami pergi 2 family hari sabtu lepas.best sangat!anak-anak kak zai yang comel tu penyeri.especially haiqal yang suka bercakap.seronok la melayan.parents dia dah letih layan hari-hari.haha.kelakar okay haiqal nih.ke kami yang tak biasa layan budak-budak & anggap benda tu kelakar?mungkin bagi orang lain benda tu annoying?ahhh,saja je buat otak pikir negatif....:P

so,lihat lah gambar di bawah ni.kami bbq.lepas tu,makan.baru la mandi.siap buat teh panas lagi ya.sedap nya.kak zai bawak nasik.makan dgn udang,sotong & ikan bakar tu.sangat yummy!okay,lapar pulak dah bila sebut makanan.


kalau ada orang kat qatar nak pergi,sila lah!pasti tak kecewa....(hi Lila.hehe.*wink*).anda juga akan dihidangkan dengan minah salleh yang hanya berbikini.terasa seolah-olah berada di pantai hawaii.haha.i tot kat qatar tak boleh pakai camtu,tapi rupanya bersepah ke minah salleh pakai.*tutup mata*

lokasi pantai fuwairit ni tak reti nak cerita.LOL!koordinat pon takde sebab kak zai dah pernah pergi,kami follow dia je.yang pasti,lalu highway dekat dengan landmark mall tu.straight je sampai la jumpa signboard fuwairit.masuk je simpang kanan tu.dan hala la ke laut.....park je la kereta kat mana yg anda suka.lepas tu,nikmati lah kebesaran ciptaan Allah ni.

fyi,tandas takde.klau tak silap,public beach kat sini takde toilet.T___T.so,dekat area situ ada surau/masjid.boleh la solat & guna tandas kat situ k?

see you!

Thursday, November 10, 2011

Resepi kuah kacang sempoi

ramai yang mintak resepi kuah kacang my mil ni.member indonesian pun mintak dah byk kali.diorg cakap,bumbu kacang.bumbu tu macam resepi kot?ke bahan-bahan ntah.lupa dah.seriously,kuah kacang dia mmg terbaik.dah byk kuah kacang aku makan,termasuk my mom masak,tapi...takleh lawan dgn my mil punya.see,best giler okay.hehe.

so,disebabkan skrang dah jauh di perantauan,kena la belajar buat sendiri.kalau dulu,pegi je rumah my mil,dia mesti akan buatkan kalau inform awal2.hehe.menantu hantu kan?bukan menantu yg buatkan.akakaka....

so,bahan-bahan:-

minyak
kacang tanah yg dah digoreng -blender hancur.tp jangan lumat plak.hehe
cili kering yg diblender
serai 5 batang-blender ya(potong serai tu pendek-pendek,pastu campur air)
air secukup nya
asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
gula putih secukup rasa
gula merah (tapi,aku pakai 'nise kerek' yg kelate tu.kalau tak kenal,klik link ni k?credit to charlie.mujo ada entry pasal nise kerek mu ni.hehe.)

maaf ya,aku memang takde sukatan yg specific,tu yang tak boleh nak letak berapa cawan/sudu semua tu.korang rasa boleh buat tak kalau takde sukatan?haha.aku agak-agak je semua tu,ikut suka sendiri...:P

so,apa yang kena korang kena faham untuk buat kuah kacang ni...MINYAK kena banyak.iaitu lebih dari jumlah cili kering yg diblender.okay contoh: minyak 3 senduk,cili kering tu kena 2  senduk je.gitu?faham tak ni.huuhu....

cara-cara nya:-

panaskan minyak,lepas tu masukkan cili kering yg diblender tu.kalau nak pedas,letak la lebih cili tu.biar cili kering tu masak.kiranya naik minyak la,atau pon korang boleh tengok cili kering tu ala ketol-ketol.tu kira cili kering masak la tu.agak lama jugak kacau-kacau tu,dalam 20mins kot?depends pada jumlah cili kering la.kalau banyak,lagi lama la kan.

dah confident cili kering tu masak,masukkan kacang yg diblender.okay,kacang ni,ikut suka la nak letak banyak mana.contoh: letak dalam 3 cawan k.masukkan air,make sure jangan banyak,contoh nya,masuk air 1 cawan je.untuk senang kacau & takde la kuah pekat melikat.tp kalau banyak sgt,nanti cair la kuah kacang kamu.hehe.kacau perlahan-lahan,api tu jangan besar tau,nanti hangit plak bahagian bawah.masa ni,kacau la sampai pecah minyak.memang akan pecah minyak punya lah.jgn gelojoh okay?:D

dalam masa yg sama,serai yg diblender tu,korang tapis.kalau nak prepare awal-awal pon boleh,tapis siap-siap....buat macam perah santan tu.amik air serai je.so,korang masukkan air serai tu dalam periuk.serai banyak ni takpe,lagi sedap kuah kacang tau.kacau je perlahan-lahan.biar sebati.masukkan air asam jawa.depends la,kalau aku,bubuh dalam 3 sudu besar.itu asam jawa yg skali dengan bijik tu,campur air.ambik air nya sahaja ya,bijik tu buang...:P

kacau lagi.kacau pon perlahan je ye.jgn ganas.hehe.masukkan 'nise kerek' tu.kalau dalam kes ni,aku masukkan dalam 1 dan 1/2 je.nise yang aku guna,bulat kecik tu je.kalau gula melaka yg seketol gedabak mcm batang buluh tu,maaf ya,aku tak reti nak bajet.tak pernah guna.huhu.biar je nise tu hancur.dalam masa yang sama,masukkan gula & garam.try la sendiri.ikut la camne tahap kemanisan/kemasinan korang.

siap!

senang je buat nya.panjang aku bebel ni sebab aku bgtau cara aku buat.kalau rasa nak ikut,sila la.kalau ada cara sendiri,terpulang la.hehe.

banyak entry lepas-lepas yang aku letak gambar kuah kacang,antaranya link ni.malas dah nak tempek gambar kali ni.sorry!hehe

selamat mencuba ya!oh,memang tak guna bawang tau.apa jenis bawang sekali pon,takyah letak.kuah kacang ni,tahan 5 hari pon,masih sedap.sehingga menjilat jari tauuuu!sila la percaya.aku yg tak pernah buat seumur hidup ni,kali pertama buat terus jadi.start dari hari tu,memang selamba je la buat makan-makan,aku masak kuah kacang.hehe.dan confident je bawak kuah kacang pergi rumah kawan.takde pon rasa cuak kalau tak sedap ke apa.so far,sapa makan,mesti akan mintak resepi.bukan nak bangga ni,kenyataan.karang ada orang salah faham pulak kannn.apa pun,kena terima kasih banyak-banyak dekat my mil.dia memang masak sedap.semua benda dia boleh masak & pasti sedap!banyak lagi yg tak sempat belajar dari dia.

setakat ni,bau belajar kuah kacang & nasi ayam.oh,yg terbaru,rendang ayam.baru belajar minggu lepas.kah kah kah.disebabkan cara masak nya simple,sekali je dia ajar,terus menjadi.next time,ai bg resepi rendang ayam pulak k.hehe

oh tweegram


seriously,comel sungguh apps nih.hehe.dah beberapa kali nampak tweegram ni.tapi,tak terfikir nak download.then,malam ni sungguh bosan,ku pon terbukak hati utk download tweegram.lalu,bermanja dengan tweegram...:D

basically,u just write whatever u want and boleh upload via instagram,twitter or even facebook kot.lupa lah.ada lagi kot apps lain.thats y i love my iphone.berkepit 24jam.bangun tdo,nak tdo,mesti tengok iphone dulu.apa kes kan?zaman dah berubah,kalau dulu,tak heran pon kat telefon nih.sejak wujudnya smartphone,life totally different.kalau yang pakai ipad,berkepit la dengan ipad tu.macam orang tu...ada la orang tu....:P

anyways,apps ni free.so,sila lah download tanpa segan silu.heehe.most of apps yang aku download adalah yang free.ada beberapa je la yang berbayar.macam blogpress,angry bird and etc.(lupa dah sebenarnya).lagipun,i'll only pay for those apps that confirm aku guna.kalau tak berapa guna tu,takyah la gedik beli.sakit hati nanti.emosi.lol.

kalau korang ada instagram,jom la kita follow-follow.my id hazmalieyza.

okay guys,good night utk qatar!eh,good morning untuk malaysia!:P

(entry ni adalah sengaja di-scheduled untuk suka-suka.pai)


Wednesday, November 09, 2011

Wordless Wednesday XIV

Matching giteww...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 06, 2011

Hari raya laaaa

Assalamualaikummm....(alim plak di hari raya nih.uhuhu)

Mesti seronok orang kat malaysia tu beraya kan?part makan la seronok.jeles nyaaaa!aku makan je la apa yg di masak.nasib baik my mil dah bg resepi dia,boleh la masak & makan ala-ala my mil masak.suka sgt kuah kacang & rendang my mil.



Ni je makanan yg aku masak.oh ya,rendang ayam tu baru kali kedua kot buat seumur hidup.haha.sebaik laaaaa jadi.boleh la.sedap lagi my mil masak.yg tu takleh lawan la.hehe

Ni la raya paling sempoi.takyah pakai baju raya.iron pon takyah susah-susah.pakai je baju tdo...:P

Masa ku habiskan dengan tdo & kemas rumah.kesian kan?haha.tp percaya lah,aku enjoy!dah la tak ramai sgt kawan kat sini.ada yg kenal,mostly balik raya kat malaysia.seronok laaaa diorg.hehe

Ala,rindu kawan-kawan kat malaysia.tapi,rinduuuuuuu kat family lagi banyak.haha.ops.

Okay lah,nak makan untuk kali ke berapa taktau.have fun y'all!Selamat hari rayaaaaaa....:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 04, 2011

sambut raya 9 hari

officially starts my 9 days off from work!okay,semua orang kat office tu cuti 9 hari.hehe.happy rasa macam nak lompat bintang.boleh raya banyak hari.tapi raya sorang-sorang.kah kah kah.kesian kan?

tapi,jauh di sudut hati,kurang happy sebab tak dapat beraya dengan family.dan secara tak langsung,tak beraya dengan hasben sebab dia kena keje shif siang raya pertama nanti.maka,im gonna sleep whole day.haha.sungguh la tak fun.mungkin hanya akan masak ala kadar utk makan haritu.ish,tak boleh bayang la.memang tak rasa nak raya pun.tapi,hari raya kedua nanti hasben ada.boleh la masak masakan kegemaran kami.seronoknyewwww....:P

korang ada buat korban lembu/kambing tak?kat sini bukan macam kat malaysia.kita boleh cari sesiapa yang in charge & cop utk satu bahagian or sekor terus.hehe.last year tak aware sangat pasal org buat korban kat sini.tak slalu beli surat khabar.baca online pon malas.kihkih.rupanya kalau nak korban tu kena betol-betol cari org yang bertauliah atau tempat tu macam ada sijil utk buat korban ni.strict btol.bagus sebenarnya.hehe.anyways,kami decide utk korban semalam,masa jalan dekat villagio,tengok dekat kaunter zakat/sedekah tu,ada banner dalam bahasa arab,tak paham pun tapi boleh agak yang dia tulis pasal korban ni.huhu.bila tanya orang jaga tu,dia tak boleh sangat ckp english.T__T.kami pun agak-agak je la,kami pilih yang korban untuk Doha.ada macam-macam pilihan,dia ada sebut...korban untuk palestin,somalia...and etc la.macam-macam negara dengan jumlah bayaran yang berbeza.ikut suka kita nak yang mana berdasarkan kemampuan kita.

ehem,selingan.gambar sekadar hiasan.dia pon nak sambut raya haji jugak...:P


hmm,okay lah...happy eid al-adha to all!!(stail sini wish.haha).okay okay,selamat hari raya aidil adha.maaf zahir & batin semua.semoga kita semua dilindungi Allah.esok puasa k?tp aku takleh puasa.sobs.

Tuesday, November 01, 2011

hello november.

tup-tup dah november kan?(sapa yang birthday bulan november tu,duk senyap2 okieee!!cc:cik joyah)how time flies.....bila ingat balik,apa aku buat masa bulan jan,feb,may & seterusnya tu.macam terlalu pantas!hari-hari berlalu tanpa disedari.wah,bermadah kauuu.hehe.

tak sabar nak december!birthday my darling tersayang.nak bagi hadiah apa ni weh??stress btol nak fikir.ops,selingan.

anyway,hari ni dapat berita baik setelah beberapa hari bernasib kurang baik.takpe la,ada hikmah di sebaliknya.Allah lebih tahu,mana yang terbaik.mana yang patut aku dapat or tak dapat.syukur alhamdulillah.tapi,masa melalui hari kurang bernasib baik tu,hanya Allah jugak la yang tahu.kecewa.

harum semerbak bau rumah.masak kari ikan tenggiri untuk bekal esok.dan juga untuk suami makan lunch esok.macam ni la kalau suami keje shif malam,kami hanya bertembung dalam 3 minit jer.paling lama 5 minit.rindu nya!sepatutnya esok dia dah cuti.tapi kena keje plak.takpe la,sabar la ye.keje tu rezeki....:)

(pandai pulak sedapkan hati)

alamak,mesin basuh dah nyanyi lagu plak.tandanya dah siap basuh kain.nak kena jemur kain pulak.produktif pulak hari selasa ni.haha.biasa hari keje ni,malas yg amat nak buat keje rumah.masak je rajin.tu pon sebab lapar.T___T.kalau order delivery apa-apa,berjam-jam baru sampai.aku rasa qatar ni takde la sebesar malaysia.tapi,tahap kelembapan dia,taktau nak cakap.

memandangkan hobi pon makan.memang takkan diet la kot?cuba diet,sehari je boleh.hari kedua memang cari nasik.susah btol nak control makan ni.dah la suka makan.suka masak.memang pakej lah.masak sedap ke tak tu,belakang kira la kan?asalkan........tembam!!hihi.so,dgn rasa sungguh teruja,aku beli la Wii Fit ni.lama dah ushar nya,puluh-puluh kali la kot!tapi,nak beli tu selalu tak jadi.takot hangat-hangat tahi ayam.hehe.


So,ni antara game yang ada.seronok jugak la.macam menggedik sorang-sorang.haha.ada 5 jenis exercise.antaranya yoga & aerobik.so,korang rasa aku berjaya kurus tak?(nampak sangat tak confident!!).susah jugak la sebenarnya nak maintain exercise.balik keje,penat tau.keje tu tak penat.tapi penat travel.penat menempuh jam 10 minit.haha.nasib baik takde jam macam kat federal!!kalau tak,lagi stress!(eleh,stress konon,dulu ulang alik sepang-pj/kl sentral tu okayyyy je.alasan je tauuu...:P)


okay,nak jemur kain!see youuuu.....much love.good night uols!